Servis Wiring Elektrik di Kuantan
– Pakar Wiring Rumah Anda
Servis Wiring Rumah Baru/Lama – Profesional, Selamat & Lengkap
Kami menyediakan perkhidmatan wiring komprehensif khusus untuk pemilik rumah baru/lama yang memerlukan sistem elektrik yang teratur, selamat dan bersedia untuk digunakan. Setiap kerja dilaksanakan mengikut piawaian keselamatan semasa bagi memastikan rumah anda berfungsi dengan lancar tanpa risiko kerosakan atau gangguan elektrik.
Mengapa Pilih Perkhidmatan Wiring Profesional?
Wiring rumah baharu memerlukan kepakaran teknikal dan pematuhan terhadap standard keselamatan. Pendawaian yang tidak betul boleh menyebabkan :
- Masalah trip berulang
- Kerosakan peralatan elektrik
- Risiko overheat dan kebakaran
- Penggunaan tenaga tidak efisien
Dengan pasukan kami, setiap pemasangan dilakukan dengan teliti dan mengikut spesifikasi yang tepat.





Perkhidmatan Wiring Rumah Baru/Lama

Pendawaian Elektrik Lengkap
Kami menawarkan kerja pendawaian menyeluruh untuk seluruh rumah, merangkumi : Penyediaan point lampu, kipas, soket dan suis. Pendawaian khusus untuk aircond, water heater, oven, hob & hood. Penambahan point mengikut keperluan setiap ruang. Semua pendawaian diuji bagi memastikan kestabilan dan keselamatan jangka panjang.

Pemasangan Lampu & Kipas
Untuk pelanggan yang membeli lampu atau kipas daripada kami, kami menyediakan : Penghantaran terus ke lokasi. Pemasangan profesional untuk semua jenis lampu (LED, downlight, chandelier) dan kipas (siling, dinding, remote). Kerja pemasangan dilakukan secara kemas dan teratur mengikut susun atur rumah anda.

Pemeriksaan & Ujian Keselamatan Elektrik
Setiap projek wiring rumah baru disertakan dengan pemeriksaan sistem keseluruhan seperti : Pemeriksaan DB Board, MCB dan ELCB. Ujian fungsi setiap soket, suis dan point peralatan. Semakan beban elektrik bagi mengelakkan risiko trip atau litar pintas. Tujuannya untuk memberikan jaminan bahawa sistem elektrik rumah anda selamat digunakan.
Kelebihan Menggunakan Khidmat Kami
- Lebih 4 tahun pengalaman dalam bidang wiring & pencahayaan
- Tenaga kerja bertauliah dan berkemahiran
- Harga yang telus dengan sebut harga sebelum kerja bermula
- Perkhidmatan menyeluruh: penghantaran, pemasangan & pemeriksaan
- Menyediakan jaminan kerja selepas pemasangan
- Respons pantas dan sokongan selepas servis